Carian
Aplikasi Oceanic+ Yang Menjadikan Apple Watch Ultra Komputer Menyelam Kini Boleh Dimuat Turun
November 30, 2022 Effi Saharudin

Apple akhirnya melancarkan aplikasi Oceanic+ untuk Apple Watch Ultra yang menjadikannya komputer menyelam untuk peminat aktiviti skuba. Pengguna boleh menggunakannya sehingga kedalaman 40 meter dengan ia memaparkan sejauh mana pemakai menyelam dan juga pelbagai maklumat lain seperti suhu air sekeliling.

Ciri menarik lain boleh dilakukan oleh aplikasi ialah amaran untuk memperlahankan selaman bagi mengelakkan bends. Terdapat kompas untuk memudahkan penyelam melihat arah tuju, arus air di kawasan sekeliling dan penggera untuk mengingatkan pemakai untuk kembali ke permukaan.

 Walaupun boleh digunakan secara percuma, ciri yang lebih terperinci dan perlu bagi sebuah komputer penyelam hanya boleh diakses menerusi langganan bermula daripada $5 sehari, $10 sebulan atau $80 setahun.

Komen