Yamaha Melancarkan Fon Kepala Mewah Ringan Diperbuat Daripada Magnesium

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fon kepala secara lazimnya berat membuatkannya tidak selesa dipakai sepanjang hari. Bagi peminat audio yang mempunyai wang berlebihan, Yamaha YH-5000SE direka khusus untuk menyelesaikan isu ini. Kerana ia diperbuat daripada magnesium, fon kepala ini hanya seberat 320 gram.

Ia dilengkapi pemandu audio orthodynamic Yamaha dengan rekaan planar belakang terbuka. Menurut Yamaha, dengan pemandu ini audio yang lebih dinamik dan lebih baik boleh dinikmati oleh pemilik. Yamaha telah membangunkan fon kepala ini sejak 2016 dan hanya selepas menguji 1000 pemandu audio ia dilancarkan tahun ini.

YH-5000SE menyokong sambungan kabel 3.5mm, 4.4mm dam juga XLR untuk kualiti audio yang lebih tinggi. Tiada sokongan untuk ia berfungsi secara nirwayar. Span kepala ditawarkan dengan kemasan kulit dan suede bergantung kepada keselesaan pemakai.

Yamaha YH-5000SE  akan mula dijual Januari depan pad harga £4799 (~RM 26,000) sepasang.

komen


© Amanz / 2023 Kami