Microsoft Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Harga Bermula RM4769

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 kini boleh dibeli secara terbuka di Malaysia. Sebelum ini kedua-dua komputer riba tablet ini telah dilancarkan dengan hanya pra-tempahan dibuka.

Surface Pro 9

Surface Pro 9 dilengkapi skrin 13” PixelSense 120Hz , dijana cip Intel Core Gen-12
atau Microsoft SQ3 yang menyokong rangkaian 5G secara terbina menerusi kerjasama Qualcomm. Tablet juga menyokong papan kekunci yang boleh ditanggalkan. kerana sambungan bermagnet dan dilengkapi port Thunderbolt 4.

Menerusi cip Microsoft G6 pula, proses menggunakan stylus pada permukaan skrin akan terasa seperti melakar pada permukaan kertas. Surface Pro 9 ditawarkan di Malaysia dalam warna Sapphire, Forest, Platinum, dan Graphite pada harga bermula RM5299 untuk model Intel Core i5, 8GB RAM dan storan 128GB.

Sementara itu Surface Laptop 5 dilengkapi pula degan skrin 13.5″ atau 15″ PixelSense bernisbah 3:2 dengan sokongan Dolby Vision IQ, dijana cip sehingga Intel Core i7 Gen-12, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Terdapat juga sistem audio Dolby Atmos, sokongan Thunderbolt 4 dan papan kekunci fizikal yang lengkap. Di Malaysia harga jualan bermula daripada RM5299 untuk model 13.5″, Intel Core i5, 8GB RAM, dan storan 256GB. Penawaran warna pula ialah Black Metal dan Platinum Metal. Senarai lengkap model yang ditawarkan di Malaysia serta harga jualan adalah seperti di bawah.

komen


© Amanz / 2023 Kami