Cari @ Amanz

Setiap perkhidmatan penstriman muzik menawarkan ciri unik untuk memastikan pengguna akan kekal menjadi pelanggan. Spotify memperkenalkan ciri Wrapped membolehkan pengguna melihat aktiviti muzik mereka sepanjang tahun. Apple Music tidak mahu ketinggalan dan memperkenalkan pula Replay pada tahun 2019. Kini Apple Music Replay 2022 akhirnya boleh diakses oleh pelanggan Apple Music.

Apple Music akan memaparkan rangkuman jumlah masa yang dihabiskan di platform, lagu paling banyak dimainkan, artis yang paling kerap dimainkan dan juga senarai-senarai main yang diakses oleh pengguna sepanjang tahun. Replay dipaparkan dalam bentuk kad seperti Instagram Stories yang beranimasi.

Replay boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar, aplikasi desktop dan juga pelayar web menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd