Cari @ Amanz

Lancia ialah jenama kenderaan yang mempunyai pedigri yang cukup terkemuka dalam arena sukan rali. Stratos, 037 dan Delta adalah tiga kenderaan rali Lancia yang dikenali peminat sukan ini kerana rekaan ikonik serta dominasi di atas litar. Selepas diambil alih oleh Fiat, jenama Lancia terbenam dengan pada waktu ini ia hanya menjual satu sahaja model kereta kompak bekuasa petrol.

Tetapi di bawah payung gergasi Stellantis, Lancia kini dilancarkan semula sebagai jenama kenderaan elektrik mewah. Di acara Design Day Lancia, rekaan logo baharu syarikat serta hala tuju diumumkan kepada pihak media. Bermula 2024, Lancia akan mengeluarkan Ypsilon versi elektrik dan dua tahun selepas itu Delta EV juga berkuasa elektrik.

Tiga kereta elektrik pertama Lancia akan mengambil inspirasi daripada rekaan konsep arca Lancia Pu+Ra Zero yang juga diperlihatkan di acara Design Day. Arca kereta ini kelihatan seperti kapal angkasa dan kapal terbang yang aerodinamik memberikan gambaran rekaan kenderaan EV yang akan dikeluarkan Lancia selepas ini.

Lancia bukan satu-satunya syarikat di bawah Stellantis yang mengorak langkah ke arena EV. Dodge dan Jeep adalah antara yang telah mengumumkan versi elektrik kenderaan ikonik RAM dan Charger mereka sebelum ini.

Dengan dunia semakin mengarah kepada kenderaan elektrik, pengguna masih lagi menanti kenderaan mampu milik sebenar. Majoriti kenderaan elektrik yang dipasarkan sekarang masih lagi terlalu mahal. ORA Good Cat yang dikategorikan sebagai mampu milik misalnya dijual pada harga lebih RM100,000 di Malaysia. Ini juga

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd