Fujifilm Tripod Grip TG-BT1 Membolehkan Anda Membuat Rakaman Dari Pelbagai Sudut

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fujifilm kini hadir dengan Tripod Grip TG-BT1 sebagai aksesori baharu yang dikhususkan buat kamera digital nircermin siri X keluarannya. Ini adalah tripod yang membolehkan pengguna membuat rakaman dari pelbagai sudut dengan mudah. Melaluinya, ia membolehkan sudut kamera dilaraskan sehingga 180 darjah secara menegak dan 360 darjah pula secara mendatar.

Ini sekaligus membolehkan ia digunakan untuk rakaman yang optimum sewaktu mengambil gambar swafoto. Kemudian dengan cara memutarnya secara menegak pula memudahkan proses rakaman video bersudut rendah. Sambungan antara aksesori dan kamera pula adalah melalui Bluetooth bagi membolehkan pengguna memanfaat ciri dan fungsi yang disediakan. Misalnya seperti kebolehan untuk merakam, zum, mengunci dan pelbagai mod foto yang boleh digunakan tanpa perlu menyentuh kamera.

Tripod ini didatangkan dengan ketinggian 172.3mm dan berat kira-kira 205.5 gram bersama sokongan kaki yang boleh ditarik. Saiznya yang padat membolehkan ia berfungsi dengan baik, selain turut memudahkan disimpan dengan selesa walaupun di dan beg yang kecil. Ia juga dikatakan mampu bertahan dengan berat beban maksimum mencapai 1.5kg, di samping turut sama diiklankan sebagai produk yang kalis cuaca. Namun begitu, Fujifilm tidak pula berkongsi lanjut mengenai tahap ketahanannya.

Antara model kamera yang disokong adalah seperti X-T5 / X-T4 / X-T3 / X-S10 / X-T30 II / X-T30. Ketersediaan untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami