Cari @ Amanz

Gentari yang merupakan syarikat subsidiari PETRONAS hari ini melancarkan pengecas kenderaan elektrik pada kuasa 350kW pertama di Asia Tenggara. Pengecas ini terletak di X Park Sunway Serene di dalam kawasan Sungai Way Free Trade Industrial Zone.

Terdapat satu pengecas 350kW, dua pengecas pantas DC dan lima pengecas AC di hab pengecas yang dibuka kepada orang ramai ini. Di X Park, pengecasan boleh dibayar mengikut minit dan juga kWh dengan ia bermula daripada RM 0.10 seminit untuk pengecas AC.

X Park ialah hab pengecas pertama di Malaysia yang menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga yang akan memastikan keselamatan pengguna ketika kenderaan sedang dicas. Selain itu, Gentari turut sedang membina sebuah lagi hab pengecas di Bangi Golf Resort.

Sejak diperkenalkan pada tahun Jun 2022, Gentari kini mempunyai rangkaian 117 tempat pengecasan kenderaan di 20 lokasi serata Malaysia dan 133 tempat pengecasan di India. Menjelang 2026, Gentari menyasarkan pemasangan 9000 pengecas kenderaan elektrik di Malaysia dan India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd