Pasaran jam tangan pintar masih didominasi oleh Apple Watch pada Q3 2022 menurut laporan terkini Counterpoint Research. Pada suku yang lalu, Apple Watch memegang 50.6% diikuti oleh Samsung (22.3%), Amazfit (7.1%), Huawei (6.4%) dan Garmin (4.5%).
Dalam kategori jam tangan penjejak kesihatan pula, Noise memegang peratusan tertinggi 25.2% diikuti oleh Firebolt (24.6%), Boat (16.8%), Xiaomi (4.2%) dan Huawei (3.2%). Pasaran ini yang dahulunya didominasi oleh Xiaomi kini berubah dengan kemasukan produk keluaran dari India.
Pengeluaran jam tangan pintar berkembang 30% berbanding suku yang sama tahun lalu. India mencatatkan perkembangan terbesar dengan peningkatan 171% berbanding suku sama yang lalu. Hanya pasaran China dan Eropah sahaja tidak menunjukkan perkembangan positif. Di China misalnya pasaran menyusut 21% kerana pelbagai sekatan pandemik yang dikenakan oleh kerajaan.