OnePlus Menjanjikan Kemaskini Empat Versi Sistem Operasi Dan Sekuriti Selama Lima Tahun

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. oleh .

OnePlus, syarikat pembuat peranti pintar dan aksesori terkemuka sebelum ini telah menjanjikan kemaskini dua versi sistem operasi dan sekuriti untuk sekitar tiga tahun selepas melancarkan peranti-peranti mereka.

Terkini, dalam satu pertemuan bersama media di London, pihak OnePlus telah mengesahkan bahawa untuk peranti-peranti yang dilancarkan pada tahun 2023 keatas, ia akan menerima kemaskini empat versi sistem operasi Android dan juga kemaskini sekuriti selama lima tahun.

Apabila ditanya mengapa perubahan ini dilakukan, eksekutif OnePlus mengatakan bahawa pengguna peranti mereka semakin cakna mengenai kemaskini perisian yang penting, dan secara lazimnya kini dilihat tidak mahu begitu sering bertukar peranti walaupun ia adalah sesuatu yang biasa dimana terdapat sejumlah besar pengguna yang akan menukar peranti pintar mereka setiap tahun.

Walaupun begitu, laporan daripada Android Authority dilihat mengatakan bahawa kemaskini jangkamasa panjang ini hanya akan tertakluk kepada peranti-peranti premium yang akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan peranti-peranti kelas pertengahan seperti OnePlus Nord masih akan menerima kemaskini tiga versi sistem operasi Android dan kemaskini sekuriti 4 tahun seperti yang diujar sebelum ini.

Dalam pada itu, pihak OnePlus juga mengesahkan bahawa sistem operasi terbaru mereka, Oxygen OS 13.1 akan diperkenalkan pada peranti-perani mereka sekitar pertengahan tahun hadapan.

Diantara kemaskini baru yang dapat dilihat pada sistem operasi tersebut, termasuklah pengoptimasian peranti berasaskan kecerdasan buatan, Always On Display dan audio spatial.

komen


© Amanz / 2023 Kami