Cari @ Amanz

Banyak perubahan mendadak dilakukan oleh Elon Musk sejak mengambil alih Twitter. Pengenalan Twitter Blue, mengembalikan ribuan akaun yang digantung dan membuang lebih separuh kakitangan. Tetapi dari segi ciri baharu pula, kelak had ciapan yang dihantar akan dinaikkan ke 1000 aksara.

Elon berkata menaikkan jumlah had ciapan ke 1000 aksara adalah antara perkara yang akan dilakukan beliau semasa menjawab soalan yang dihantar oleh pengguna. Ini akan menjadi perubahan terbesar sejak had dinaikkan ke 280 aksara dari 140 pada tahun 2017. Sebelum ini Elon berkata kelak pengguna juga boleh melampirkan teks yang lebih panjang pada ciapan sekiranya ia melebihi hak aksara.

Sebagai pengguna tegar Twitter, perubahan ini bukanlah sesuatu yang kami anggap sebagai positif. Kekuatan Twitter ialah menyampaikan mesej dengan pantas dan padat tidak seperti media sosial yang lain. Keunikan Twitter akan hilang jika ciapan panjang berjela seakan status Facebook dibenarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd