Cari @ Amanz

Anda tinggal di Terengganu dan ingin tahun bilakah rangkaian 5G akan akhirnya ditawarkan di negeri tercinta? Menurut laporan dari Bernama hari ini, liputan rangkaian 5G akan ditawarkan di Terengganu bermula 2023.

5G Malaysia

Liputan 5G akan dimulakan di sembilan lokasi iaitu Wisma Darul Iman, Bangunan TD1303, bangunan baharu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Terengganu City Center Mall (KTCC), Pasar Payang, Mayang Mall di Kuala Terengganu dan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.

Rangkaian 5G mula ditawarkan kepada umum di Malaysia sejak Disember tahun lalu selepas beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik. Setakat ini tidak semua syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggan sedia ada. Malah pengguna iPhone masih menanti sokongan 5G pada peranti mereka kerana belum disokong sehingga ke hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd