Spotify Wrapped 2022 Kini Boleh Diakses Pengguna

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. oleh .

Disember datang lagi dan seperti tahun sebelumnya Spotify Wrapped 2022 juga kini boleh diakses pengguna platform penstriman muzik nombor satu dunia. Seperti Wrapped sebelum ini, pengguna boleh melihat sendiri lagi yang paling banyak didengari, artis paling banyak distrim, podsiar dan juga genre yang didengari.

Tahun in sekali lagi Wrapped hanya boleh diakses menerusi aplikasi Android dan iOS dengan ia dipaparkan dalam bentuk Stories beranimasi. Selain menunjukkan kandungan yang didengari sepanjang tahun, Wrapped juga memberitahu jenis muzik yang didengari pengguna di waktu pagi, petang dan malam.

Jenis pendengar muzik juga diklasifikasikan buat pertama kali dalam sejarah Wrapped. Selepas kesemuanya dipaparkan, pengguna boleh memilih untuk menyimpan senarai main Spotify Wrapped 2022 peribadi dalam aplikasi. Spotify Wrapped 2022 boleh diakses pengguna menerusi pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2023 Kami