Xiaomi Menangguhkan Pelancaran Xiaomi 13 Yang Dijadualkan Esok

Diterbitkan pada Nov 30, 2022. oleh .

Xiaomi kini memaklumkan mereka membatalkan dan menangguhkan pelancaran telefon mercu terbaru mereka, Xiaomi 13 yang dijadualkan esok.

Xiaomi melalui perkongsian di Weibo menyatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan tarikh pelancaran baharu tidak lama lagi. Sebabnya tidak dinyatakan, tetapi diperkatakan mungkin kerana kematian bekas Presiden China, Jiang Zemin.

Xiaomi 13 sebelum ini dinantikan ramai kerana akan menjadi antara yang terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 terbaru, selain pelbagai perkara baharu melaluinya.

Selain Xiaomi, iQoo juga dijangka akan menangguhkan pelancaran mereka.

komen


© Amanz / 2023 Kami