Carian
Markah Penanda Aras MacBook Pro Dengan Cip M2 Max Menunjukkan Ia Dilengkapi 96GB RAM
December 1, 2022 Effi Saharudin

Apple dijangka akan melancarkan MacBook Pro 14″ serta 16″ baharu dengan cip M2 Max, M2 Pro dan M2 Ultra tahun depan. Kesemua model bakal menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding model M2 yang dilancarkan tahun ini. Terkini markah penanda aras MacBook Pro baharu dengan cip M2 Max telah tertiris memberikan kejutan bakal wujud model dengan 96GB RAM.

Sekiranya benar, ia jauh lebih besar berbanding sehingga 64GB RAM yang ditawarkan pada model Pro dengan siri cip M1 yang dilancarkan sebelum ini. Pada cip M2 Max, ia akan dilengkapi 12 teras CPU pada kelajuan 3.54GHz. Peningkatan daripada 8 teras CPU pada model Macbook Pro M2 13″.

Berdasarkan markah penanda aras yang tertiris, tiada peningkatan prestasi pada markah ujian satu teras. Perbezaan hanya dilihat pada markah ujian multi teras yang hampir mencecah 15,000 markah. Pada komputer dengan cip M2, komputer hanya mencatatkan sekitar 9000 markah dalam ujian yang sama.

Komen