Rangkaian 4G Kini Meliputi Lebih 88% Kawasan Berpenduduk Di Sabah

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. oleh .

Kerajaan Negeri Sabah kini berkongsi mengatakan liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah pun meningkat daripada 73.41% apda 2020 lepas, kepada meliputi 88.06% kawasan berpenduduk di Sabah.

Perkara ini dijayakan melalui pembangunan sejumlah menara telekomunikasi baharu, selain menaik-taraf menara-menara sedia ada untuk menyokong rangkaian 4G.

Disamping itu, kerajaan negeri juga turut mengimplementasi sokongan pancaran internet melalui satelit. Sebanyak 300 pemasangan VSAT telah diluluskan untuk tahun 2023 kelak.

Dengan perkembangan baharu ini, kita akan dapat melihat liputan internet yang lebih menyeluruh di Sabah, sekaligus membolehkan semua menikmati akses ke arena digital tanpa masalah.

komen


© Amanz / 2023 Kami