Carian
Neuralink Dijangka Memulakan Ujian Klinkal Manusia Dalam Masa 6 Bulan
December 1, 2022 Nazrin

Neuralink, sebuah lagi syarikat Elon Musk yang sedang membangunkan teknologi cip pemprosesan yang boleh dipasangkan ke otak manusia dijangka akan memulakan ujian klinikal keatas manusia dalam sekitar enam bulan lagi.

Begitulah ujar Elon Musk di acara Neuralink yang diadakan baru-baru ini di California. Syarikat tersebut sebelum ini sepatutnya memulakan ujian klinikal tersebut pada 31 Oktober yang lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana tidak menerima kelulusan daripada USFDA (US Food and Drugs Administration) untuk melakukan ujian tersebut.

Beberapa tahun lalu, Neuralink telah memperkenalkan cip yang dipasang kedalam otak seekor monyet, dan ia diperlihatkan bahawa haiwan tersebut bermain dengan sebuah permainan komputer dengan memikirkan sahaja apabila memandang paparan skrin.

Kegunaan cip implan ini, menurut Neuralink sekiranya ia berjaya ialah ia dijangka akan membolehkan pengguna untuk menggerakkan anggota badan yang lumpuh, memulihkan penyakit seperti Alzheimer’s dan Parkinson’s dan juga mengawal kelengkapan elektronik dengan menggunakan minda.

Bloomberg]/sumber]

Komen