Dua Monitor OnePlus Bakal Diumumkan Di India Pada 12 Disember

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus yang terkenal dengan julukan tagline Never Settle dilihat begitu komited dalam menyediakan produk yang pelbagai buat pengguna. Terbaharu, mereka telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di India yang bakal memperkenalkan dua monitor melaluinya. Bakal berlangsung pada 12 Disember ini, terdapat dua variasi monitor yang akan diumumkan kelak.

Produk pertama adalah OnePlus Monitor X 27 yang dilengkapi skrin bersaiz 27-inci. Boleh jadi, ia kelak dilancarkan sebagai sebuah monitor premium mengkhususkan terhadap permainan dan kerja harian dengan sokongan paparan serta prestasi cukup baik. Turut disertakan adalah rekaan serba baik yang turut menyerlahkan lagi monitor ini dengan sokongan saiz bezel yang nipis pada bahagian sisi dan atas. Selain turut dipadankan dengan tapak yang dilihat sekaan diperbuat daripada logam yang tegap.

Seterusnya, OnePlus Monitor E 24 pula dipercayai hadir sebagai sebuah monitor berspesifikasi pertengahan dengan julat harga jualan mampu milik. Boleh jadi, ia lebih mengkhususkan terhadap penggunaan tugas harian setiap hari dan hiburan.

Imej yang dikongsi turut memperlihatkan salah satu daripadanya mempunyai kemampuan diputarkan menegak. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan variasi manakah yang didatangkan dengan sokongan ini. Maklumat mengenai spesifikasi dalaman untuk kedua-dua monitor juga tidak didedahkan setakat artikel ini ditulis.

komen


© Amanz / 2023 Kami