Rangka Prototaip Intel NUC 13 Pro Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel NUC ataupun Next Unit of Computing ialah komputer kecil keluaran Intel yang memperlihatkan bahawa sebuah komputer tidak perlu mempunyai rekaan yang besar untuk merumahkan cip pemprosesan yang berkuasa.

Terkini, prototaip rangka komputer kecil NUC 13 Pro telah diperlihatkan, dan ia mengekalkan saiz 4″ x 4″ yang cukup padat sekali. Untuk model ini, ia dilihat masih lagi menggunakan papan induk yang sama seperti apa yang ditawarkan pada Intel NUC 12 Pro, tetapi apabila dilancarkan kelak, ini dijangka akan berubah.

Komputer ini juga dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-13 untuk komputer riba yang dijangka akan diumumkan di acara CES 2023 kelak. Untuk NUC 12 Pro, komputer kecil ini dikuasakan oleh Intel Core i7-1260P dan Inte Core i5-1260P.

Dari segi rekaan, komputer NUC 13 Pro ini memperlihatkan ruang pengudaraan yang lebih banyak untuk memudahkan penyejukan komponen-komponen didalamnya.

Intel dijangka akan memperlihatkan dan mula menjual binaan penuh komputer NUC 13 Pro ini sekitar tahun hadapan.

komen


© Amanz / 2023 Kami