Carian
Twitch Melancarkan Shield Mode Untuk Menapis Kandungan Bermasalah Di Chat
December 1, 2022 Effi Saharudin

Ramai melihat kerjaya sebagai penstrim sebagai kerja yang mudah. Duduk sahaja di depan kamera dan mengawal permainan video. Tetapi sekiranya anda seorang penstrim popular, isu bahagian chat yang dipenuhi mesej makian, mengejek, lucah dab berbaur perkauman sudah lama berlarutan dengan tiada cara mudah menyelesaikannya.

Di Twitch, Shield Mode telah dilancarkan minggu ini dengan a melakukan pelbagai jenis tapisan kandungan dengan pantas. Apabila diaktifkan, chat boleh dihadkan kepada pengikut dan mereka yang melakukan langganan sahaja. Mesej dari pengguna yang sekadar ingin meninggalkan makian tidak akan dipaparkan di Chat.

Ia turut boleh secara automatik menghalang mereka yang mengguna frasa menghina yang ditetapkan oleh pemilik strim. Menghalang chat dari pengguna baharu juga boleh dilakukan. Shield Mode boleh diaktifkan dan diaktfikan dengan menekan satu butang sahaja. Ia direka khusus untuk melakukan tapisan yang lebih ketat daripada biasa sekiranya strim diganggu sekumpulan pengguna yang sekadar ingin mencaci.

Komen