Robot Polis Diberikan Kuasa Membunuh Di San Francisco

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. oleh .

Undang-undang robotik pertama Asimov mengatakan robot tidak dibenarkan mendatangkan kecederaan kepada manusia. Ini adalah premis yang digunakan dalam filem I Robot dan juga Robocop. Tetapi di San Francisco, robot milik polis kini boleh digunakan untuk tujuan membunuh dalam situasi tertentu.

Badan Pengawasan San Francisco mengundi lapan berbalas tiga membenarkan kuasa membunuh digunakan robot dalam situasi tertentu. Pertama sekali ia dibenarkan jika nyawa anggota dan orang awan diancam oleh suspek. Itu juga hanya dibenarkan sekiranya tiada alternatif lain boleh dilakukan oleh anggota polis. Akhir sekali hanya sebilangan anggota polis berpangkat tinggi mempunyai kuasa memberikan arahan membunuh.

Polis San Francisco mempunyai 17 robot yang digunakan bagi tujuan mematikan bom dan pemantauan. Ia boleh dilengkapi dengan senjata sekiranya diperlukan. Antara senario yang mungkin berlaku ialah ia dilengkapi raifal dan digunakan untuk menembak suspek.

komen


© Amanz / 2023 Kami