Cari @ Amanz

Carsome dan Sunway Innovation Labs (iLabs) kini mengumumkan senarai lima finalis teratas yang disenarai pendek bagi Program Carsome Mobility Lab. Kesemua startup telah membentangkan projek inovatif masing-masing di hadapan para pelabur dan peneraju industri menerusi acara Carsome Mobility Lab Demo Day yang berlangsung di McLaren Kuala Lumpur, semalam.

Sebagai tambahan, kesemua finalis yang berpotensi ini turut menerima pelaburan sehingga US$25,000 (~RM110,000) daripada Carsome Mobility Lab bagi memperluaskan lagi impak projek rintis masing-masing. Sekaligus turut menyediakan penyelesaian lebih inovatif dalam ekosistem ekosistem automotif dengan lebih meluas.

Senarai penuh untuk kelima-lima finalis yang disenarai pendek berserta idea penyelesaian inovatif yang diketengahkan adalah seperti di bawah:

  • Asia Mobiliti Tech – Penyelesaian mobiliti pintar
  • Automotif Carmen (SG) – Penyelesaian analisis data kenderaan
  • Moovby – Pasaran perkongsian kereta P2P
  • MyBump Media – Platform pengiklanan orang ramai
  • SparexHub – Pasaran alat ganti kereta tulen

Untuk rujukan, program Carsome Mobility Lab merupakan salah satu program tertumpu kepada ekosistem kenderaan rintis. Ia diadakan bertujuan bagi memperkasakan lagi pertumbuhuan startup dalam bidang berkenaan melalui bimbingan yang mudah daripada Carsome dan Sunway Innovation Labs (iLabs).

Pelbagai akses mudah turut disediakan untuk kesemua finalis yang terpilih, ini termasuklah bengkel bimbingan yang dianjukan oleh usahawan dan pakar industri dengan kerjasama unit perniagaan Carsome dan Sunway yang berkaitan. Di samping itu, kredit AWS sehingga US $100,000 (~RM440,000) disediakan bagi setiap startup yang terdiri daripada sokongan teknologi, bengkel dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd