Harga Jualan Oppo A57 Dan A77s Dikemaskini – Bermula Pada RM729

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. oleh .

Oppo A57 dan Oppo A77s merupakan dua model telefon pintar yang diperkenalkan oleh Oppo pada tahun ini. Kedua-duanya hadir dengan penawaran berbeza yang menjadikan masing-masing mempunyai fokus tersendiri. Misalnya seperti Oppo A57 adalah peranti berspesifikasi kelas asas menerusi janaan cip MediaTek Helio G35. Sementara itu, Oppo A77s pula peranti kelas pertengahan 4G yang menggunakan cip Snapdragon 680.

Berkongsi dengan lebih lanjut, harga jualan untuk kedua-dua peranti telah dikemaskini. Sekaligus menjadikannya lebih murah berbanding harga asal. Ia ditawarkan bermula RM729 untuk Oppo A57 dengan varian 4GB/128GB. Seterusnya, Oppo A77s pula kini berharga RM899 untuk sebuah. Ketersedian adalah bermula sekarang menerusi kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia.

Oppo A57 dilengkapi skrin IPS LCD 6.56-inci HD+ (1612 x 720) dan kadar segar semula 60Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio G35, memori 4GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman sehingga 128GB (eMMC 5.1). Bateri pula 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W, di samping tetapan kamera utama 13MP + 2MP serta kamera swafoto 8MP.

Oppo A77s pula menggunakan skrin 6.56-inci LCD HD+ dan kadar segar semula standard 60Hz. Cip Snapdragon 680 turut digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W.Turut disertakan adalah kamera utama 50MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP.

komen


© Amanz / 2023 Kami