Qalbox Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Kandungan Muslim – Harga Promosi RM4.90 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 1, 2022. oleh .

MuslimPro, hari ini telah melancarkan perkhidmatan penstriman video tersendiri mereka secara rasminya untuk pasaran Malaysia, dinamakan Qalbox. Melaluinya, mereka menawarkan sejumlah kandungan muslim.

Untuk makluman, ia telah dilancarkan melalui aplikasi MuslimPro sejak Julai lepas. Namun, kini ia dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan pada harga RM12.90 sebulan. Menariknya, untuk tempoh pengenalan ini, Qalbox boleh diakses pada harga serendah RM4.90 sebulan.

Qalbox juga kini telah menambah sokongan untuk sejumlah kandungan setempat, termasuk salah satu daripada penerbit tempatan dinamakan “I Am Muslim”.

Pihak Qalbox menyatakan mereka ingin membolehkan orang ramai bukan sahaja mengikuti kandungan setempat, tetapi juga mengetahui pelbagai perkembangan gaya hidup muslim pada peringkat global.

Pada pelancaran hari ini juga, Qalbox menyenaraikan Astro sebagai rakan kerjasama, menandakan lebih banyak kandungan setempat akan ditawarkan melalui Qalbox tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan MuslimPro, boleh melanggan Qalbox melalui pautan khusus yang disediakan pada aplikasi tersebut hari ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami