Carian
Sistem Operasi Set Kepala Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Nama xrOS Pula
December 2, 2022 Effi Saharudin

Terdapat banyak ura-ura mengenai set kepala realiti terimbuh (AR) daripada Apple yang dipercayai akan dilancarkan awal tahun depan sebelum muncul pula laporan mengatakan ia akan ditangguhkan pula. Terkini dalam laporan Bloomberg, Apple diramalkan akan melancarkan set kepala AR ini awal tahun 2023.

Apple Glass Set Kepala Realiti Terimbuh

Sistem operasi yang digunakan pula ialah xrOS menggantikan nama realityOS yang dikhabarkan sebelum ini. Set kepala akan mempunyai sokongan memaparkan video 3D, melakukan penjejakan mata dan turut akan mempunyai dunia 3D tersendiri. Sungguhpun begitu Apple enggan memanggil dunia maya ini sebagai metamesta seperti yang telah dilakukan oleh Meta.

Setakat ini banyak syarikat telah mengumumkan aspirasi dunia metamesta mereka dengan Meta adalah yang paling jauh di hadapan. Sungguhpun begitu penggunaan platform metamesta masih amat rendah dengan platform lain seperti Decentraland hanya mempunyai beberapa puluh ribu pengguna bulanan sahaja. Meta sendiri mempunyai masalah mempopularkan Horizon Worlds kerana set kepala Meta Quest yang masih agak mahal.

Komen