Cari @ Amanz

Filem The Curious Case of Benjamin Button dan Captain Amerika Civil War menggunakan teknik kesan khas yang kompleks untuk mengubah wajah Brad Pitt dan Robert Downey Jr menjadi tua serta muda. Syarikat kesan khas menggunakan tengok CGI 3D untuk membolehkan dua pelakon ini membawakan watak pada usia berbeza.

Menerusi teknik DeepFake, proses mengubah wajah untuk kelihatan lebih muda menjadi lebih mudah seperti yang dilihat dalam siri Mandalorian. Tetapi di Disney, mereka ingin mempermudahkan lagi proses menghasilkan kesan khas yang sama dengan kos yang lebih rendah. Oleh itu Disney Research membangunkan Facial Re-Aging Network (FRAN) yang merupakan sebuah kecerdasan buatan.

FRAN boleh menuakan dan memudakan wajah individu dalam video sepantas 5 saat untuk setiap bingkai dengan imej lebih konsisten berbanding teknik kesan khas yang lain. Menurut penyelidik video yang beresolusi tinggi dan lebih mirip wajah model asal juga boleh dihasilkan.

Pada waktu ini FRAN masih di peringkat kajian tetapi ia pastinya akan digunakan oleh Disney pada filem-filem serta siri-siri keluaran mereka bagi mengurangkan kos produksi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd