Cari @ Amanz

Oppo Berkongsi Latar Masa Kemaskini ColorOS 13

Link Copied!

Oppo akhirnya berkongsi latar masa bilakah peranti keluaran mereka akan menerima kemas kini ColorOS 13 yang berasaskan Android 13. Latar masa yang diberikan ini melibatkan peranti di beberapa negara seperti India dan Indonesia.

Kemas kini sudahpun mula diberikan kepada peranti seperti Find X5 Pro, Reno8, A96 dan A77. Tetapi bermula pertengahan bulan ini ia akan turut diberikan kepada siri Reno7, Reno6 dan Reno5. Jadual yang dikongsi setakat ini adalah untuk gelombang pertama kemas kini dengan masih banyak peranti Oppo tidak disenaraikan. Jika peranti anda tersenarai, kelak anda boleh menggunakan ColorOS 13 dengan Android 13 sebelum tahun baru.

Sedang Dikemaskini

  • Oppo Find X5 Pro
  • Oppo Find X5
  • Oppo Find X3 Pro
  • Oppo Reno8 Pro
  • Oppo Reno8
  • Oppo Reno7
  • Oppo Reno7 Z 5G
  • Oppo F21 Pro 5G
  • Oppo F21 Pro
  • Oppo K10 5G
  • Oppo K10
  • Oppo A96
  • Oppo A77
  • Oppo A76

14 Disember

  • Oppo Find X3 Lite (Perancis)
  • Oppo Reno7 5G (India)
  • Oppo Reno6 Pro 5G (Indonesia, Arabi Saudi)
  • Oppo Reno6 5G (India)
  • Oppo Reno5 Pro 5G (Arab Saudi)
  • Oppo Reno5 5G (Indonesia)

21 Disember

  • Oppo Find X3 Neo (Perancis)

28 Disember

  • Oppo Reno6 Z (Thailand)
  • Oppo Reno5 Pro 5G (India, Pakistan)
  • Oppo Reno5 Z (UAE)
  • Oppo F19 Pro+ 5G (India)

Disember 29

  • Oppo Find X5 Lite (Perancis)
  • Oppo A74 5G (India, Indonesia)

Komen ()