Starlink Diberi Kelulusan Melancarkan 7500 Satelit Generasi Kedua Oleh FCC
Nazrin
Starlink ialah syarikat pembekal internet yang menggunakan satelit untuk memancarkan data ke permukaan bumi dan menjanjikan kadar kelajuan yang boleh dilihat cukup pantas untuk kegunaan harian.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa mereka telah menerima kelulusan untuk melancarkan 7500 buah satelit baru ke ruang angkasa untuk melanjutkan lagi perkhidmatan internet mereka ke pasaran-pasaran baru.

Satelit-satelit ini, yang dinamakan Starlink Gen 2 dibangunkan untuk menyelesaikan masalah pertembungan diantara satelit di angkasa, dan juga untuk mengelak sampah-sarap ataupun satelit yang tidak lagi aktif digunaka sekarang.
Starlink pada awalnya telah meminta untuk melancarkan 30 ribu satelit Gen 2 ini, tetapi buat masa ini hanya 7500 yang diluluskan untuk pelancaran.
Setakat ini ia belum diumumkan lagi bilakah satelit-satelit ini akan dilancarkan.
[sumber]CNBC[/sumber]