Poco X5 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 2, 2022. oleh .

#BaikBeliPoco terus-terusan menjadi slogan yang acap kali didengari dalam kalangan pengguna setiap kali Poco mengumumkan variasi produk baharu. Hal ini disebabkan oleh penawaran yang diberikan kebanyakannya berada di tahap yang baik, selain harga juga mampu milik.

Terbaharu sebuah telefon pintar baharu Poco telah ditemui menerusi laman SIRIM. Ia dilihat tersenarai dengan keterangan model 22111317PG (POCO X5 5G) yang didaftarkan oleh pihak Xiaomi Technologies Malaysia Sdn. Bhd pada semalam, iaitu 1 Disember 2022.

Untuk makluman, telefon pintar ini bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Tetapi terdapat desas-desus yang mendakwa cip Snapdragon 778G+ akan digunakan dengan padanan skrin IPS LCD 120Hz.

komen


© Amanz / 2023 Kami