Mulai 5 Disember, Semua Transaksi CIMBClicks Lebih RM100 Perlukan Pengesahan SecureTAC

Diterbitkan pada Dis 2, 2022. oleh .

CIMB hari ini memaklumkan, bermula 5 Disember 2022 kelak, semua transaksi melalui CIMB Clicks melebih RM100 akan memerlukan pengesahan menggunakan SecureTAC.

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi akan menerima SMS TAC untuk pengesahan transaksi melebihi RM100, dan perlu melakukan pengesahan menggunakan SecureTAC yang dilihat lebih selamat berbanding SMS.

CIMB turut memaklumkan mereka akan melaksanakan penggunaan SecureTAC menyeluruh, termasuk untuk transaksi dibawah RM100 seawal pertengahan pertama 2023 kelak.

Langkah ini juga dilihat selari dengan arahan pihak Bank Negara Malaysia sebelum ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami