Chang Lih Kang Akan Menggalas Tugas Menteri Sains Dan Teknologi

Diterbitkan pada Dis 2, 2022. oleh .

Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 hari ini telah mengumumkan senarai kabinet baharu dibawah beliau, termasuk lantikkan menteri-menteri baharu dibawah pentadbiran beliau.

Selain pemilihan Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi dan Digital baharu, Menteri Sains dan Teknologi baharu turut diumumkan, iaitu Chang Lih Kang.

Chang Lih Kang sebelum ini sedia mempunyai Ijazah Kejuruteraan Awam dan juga Sarjana Pentadbiran Awam. Beliau juga merupakan Naib Presiden untuk Parti Keadilan Rakyat.

Dengan perkembangan pesat arena sains dan teknologi pada peringkat global, beliau kini akan bertanggungjawab dalam menerajui Malaysia ke fasa seterusnya.

komen


© Amanz / 2023 Kami