Carousell Mengurangkan 10% Tenaga Kerja
December 3, 2022
Aman
Carousell, salah satu laman jual-beli barangan terpakai, kini mengumumkan mereka akan mengurangkan hampir 10% tenaga kerja pada syarikat mereka.
Langkah Carousell ini hadir selepas sejumlah syarikat teknologi lain turut membuang pekerja mereka, dan mengurangkan kos perbelanjaan.
Pengasas Carousell mengatakan, selepas Covid-19, mereka optimistik terhadap peralihan dan permintaan tinggi untuk perniagaan iklaneka – tetapi sebaliknya yang berlaku. Disamping itu, dengan ketidak-tentuan ekonomi pada 2023, mereka kini mengambil langkah untuk mengurangkan angka tenaga kerja.
Sekitar 110 pekerjaan dijangka terjejas dibawah langkah Carousell ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.