Carian
Telegram Ingin Membangunkan Dompet Kriptowang, Dan Bursa Dagangan Terpencar
December 3, 2022 Aman

Telegram, aplikasi permesejan popular kini menyatakan mereka ingin membangunkan sejumlah sokongan untuk sistem terpencar pada platform mereka.

Ini adalah termasuk membangunkan dompet kriptowang secara terbina pada aplikasi permesejan tersebut. Disamping itu, Telegram juga ingin menambah sokongan bursa dagangan terpencar pada platform mereka, dalam usaha memudahkan orang ramai untuk jual-beli dan menyimpan kriptowang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diintegrasikan.

Komen