Carian
Xiaomi Dilihat Ingin Menyertai Arena Desktop PC
December 4, 2022 Aman

Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan sejumlah komputer riba dibawah jenama mereka, disamping turut menawarkan beberapa monitor pada kadar resolusi tinggi. Kini, memperluaskan penawaran lagi, Xiaomi dilihat turut akan menyertai arena desktop PC.

Melalui beberapa gambar yang tertiris ke arena internet, ia memperlihatkan Xiaomi sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan penawaran desktop bersaiz mini, atau mini-pc.

Dua variasi mini-PC dijangka diperkekalkan, dijangka dikuasakan perkakasan AMD. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut termasuk pengesahan pihak Xiaomi berkenaan dengan sistem desktop bersaiz mini mereka ini, dan sama ada boleh bersaing dengan Mac Mini atau sebaliknya.

Komen