Carian
GSC Akan Menawarkan Skrin Wayang Dengan Pancaran Projektor IMAX With Laser
December 4, 2022 Fahim Zahar

Pawagam di Malaysia seringkali dinaiktaraf untuk menawarkan pengunjung pengalaman menonton yang memuaskan. Contoh, di TGV ada IMAX, di GSC ada Onyx untuk skrin OLED, ada yang menawarkan sistem audio THX dan ada juga dengan Dolby Atmos.

Terkini oleh GSC, mereka akan menawarkan dewan panggung wayang baharu dengan IMAX. Di Malaysia, panggung IMAX yang paling banyak adalah TGV sementara GSC terhad di The Mall, Mid Valley Southkey sahaja. Lebih menarik, panggung GSC ini bukan IMAX biasa tetapi IMAX with Laser pertama dalam Malaysia.

IMAX with Laser menggunakan projektor pancaran laser yang menjanjikan kualiti skrin yang lebih terang, cantik, realistik dan tidak kira adegan gelap atau terlampau terang – segala butiran dipelihara dengan baik dan dapat dinikmati oleh para pengunjung. Projektor IMAX dengan laser juga membolehkan tayangan filem 3D dipaparkan dengan lebih terang walaupun dengan kaca mata 3D yang malap.

Buat masa ini, GSC hanya mengacah kehadiran IMAX with Laser di Malaysia tanpa sebarang butiran. Tetapi menurut sumber kami ia akan berada di Putrajaya dan akan dilancarkan khusus untuk tayangan Avatar the Way of Water dalam format IMAX 3D.

Komen