Carian
Xiaomi 13 Pro Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
December 5, 2022 Amy Maizuraa

Pengenalan produk baharu daripada beberapa pengeluar terpaksa dibuat penjadualan semula, termasuklah pengenalan untuk siri Xiaomi 13 yang sepatutnya berlangsung pada 1 Disember lalu. Sehingga kini, tiada sebab khusus yang diberikan namun ia dipercayai ada perkaitannya dengan kematian bekas Presiden China, iaitu Jiang Zemin.

Terdapat hal yang menarik apabila salah satu variasi telefon pintar berkenaan iaitu Xiaomi 13 Pro yang kini melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Ia ditemui dengan nombor model 2210132G (Xiaomi 13 Pro) yang didaftarkan oleh Xiaomi Technologies Malaysia Sdn. Bhd pada 2 Disember 2022.

Untuk makluman, telefon pintar ini bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Tetapi beberapa ciri utama peranti telah didedahkan, yang mana peranti kelak bakal dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera 1-inci Sony IMX989.

Komen