Poster Oppo Find N2 Flip Tertiris Mendedahkan Rekaan Peranti

Diterbitkan pada Dis 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penerimaan pengguna masa kini terhadap telefon pintar dengan skrin boleh lipat kini bertambah baik. Tidak dinafikan semakin ramai yang menjadikannya sebagai telefon pintar harian, disebabkan oleh penawaran padanya yang menarik. Salah satu peranti yang kini hangat diperkatakan adalah Oppo Find N2 Flip, yang mana sebelum ini turut tertiris dalam video pendek yang ditemui di Weibo.

Perkembangan baharu mendapati peranti didapati sekali lagi tertiris dan kali ini menerusi poster promosi yang tular. Ia mempelihatkan rekaan telefon pintar dengan lebih jelas, di mana elemen seumpama sebuah Samsung Galaxy Z Flip digunakan. Bagaimanapun, Oppo Find N2 Flip mempunyai sokongan skrin luaran lebih besar yang diposisikan secara menegak.

Turut disertakan adalah sistem dwi-kamera utama dan LED Flash berbentuk bulat seperti yang digunakan pada siri Reno8 sebelum ini. Konfigurasi kamera dipercayai terdiri dengan 50MP IMX890 (OIS) + 48MP Sony IMX581, sementara itu kamera swafoto pula 32MP (Sony IMX709).

Poster tertiris menunjukkan Oppo Find N2 Flip dalam kemasa serba putih, tetapi kita boleh menyasarkan lebih banyak pilihan yang akan tersedia kelak. Dalam masa sama, rekaan dan saiz pada paparan utama turut menjadi persoalan buat masa ini ekoran ia tidak pula didedahkan menerusi poster yang sama.

Dalam perkembangan berbeza, spesifikasi utama peranti turut dilaporkan tertiris. Peranti ini dipercayai dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9000, di samping saiz skrin utama 6.8-inci beresolusi FHD+ 120Hz. Saiz skrin luaran pula dijangka sebesar 3.26-inci, dalam masa sama peranti turut menyokong sistem pengecasan pantas 44W dengan kapasiti bateri 4,300mAh.

Tiada tarikh pelancaran khusus yang diketahui buat masa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami