PM Anwar : Kontrak Kelengkapan Rangkaian 5G Akan Diteliti Semula

Diterbitkan pada Dis 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah ditanya mengenai syarikat pengelola rangkaian 5G tempatan, Digital Nasional Berhad dan memberikan respon untuknya, beliau mengatakan bahawa syarikat tersebut dan juga pemilikan frekuensi rangkaian tersebut akan diteliti dan dinilai semula.

Beliau mengatakan bahawa ini adalah kerana pemilikan spektrum rangkaian 5G yang dimiliki oleh DNB dilakukan secara tidak telus. Disebabkan oleh itu, Perdana Menteri mahukan kontrak RM11 bilion yang diberikan kepada syarikat pembekal kelengkapan telekomunikasi Ericsson untuk dinilai semula, dan memastikan bahawa pemberian sebarang kontrak untuk infrastruktur negara dilakukan secara telus.

5G Malaysia

Digital Nasional Berhad diperkenalkan dibawah naungan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2021 dan bertujuan untuk menyelaraskan pembangunan teknologi rangkaian 5G tempatan, satu perubahan yang cukup ketara apabila sebelum itu ia telah dipersetujui bahawa sebuah konsortium syarikat akan dibangunkan dibawah syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Malah, sebelum ini, pemberian spektrum kepada DNB dibawah modal perniagaan penyedia tunggal turut telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Setakat ini, syarikat-syarikat seperti Yes, U Mobile dan Unifi sudahpun tampil dengan pelan rangkaian 5G mereka. Samada penilaian semula kontrak Ericsson ini akan memberi sebarang kesan terhadap penawaran mereka tidak diketahui lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami