Carian
Butiran Nubia Red Magic 8 Pro Tertiris Ke Arena Web
December 5, 2022 Amy Maizuraa

Telefon pintar yang memfokuskan terhadap permainan mudah-alih mempunyai keunikan tersendiri. Ini termasuklah sokongan cip pemprosesan, sistem penyejukan dan aksesori tambahan lebih baik untuk penggunaan yang memuaskan. Nubia merupakan antara pengeluar yang terkenal dengan penawaran peranti sebegini di bawah siri Red Magic.

Red Magic 7S Pro

Perkembangan baharu mendedahkan desas-desus mengenai model kemaskini untuknya kini mula berlegar di arena web. Kelak dikenali sebagai Red Magic 8 Pro, cip Snapdragon 8 Gen 2 dipercayai akan digunakan sebagai tunjang utama. Turut disertakan adalah skrin OLED 6.8-inci sejenis rata bersama saiz bezel yang nipis. Tiada maklumat lanjut mengenai sokongan kadar segar semula digunakan, tetapi ia mungkin dihadkan pada 120Hz sahaja. Pada masa sama, sokongan kamera swafoto terbina di bawah skrin 16MP seperti generasi terdahulu turut bakal digunakan oleh Nubia.

Konfigurasi kamera utama pula dipercayai terdiiri dengan 50MP + 8MP + 2MP, seterusnya kapasiti bateri pula boleh menjadi di antara 5,000mAh hingga 6,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 165W. Tiada tarikh pelancaran khusus didedahkan setakat ini.

Komen