Carian
Menteri Komunikasi Digital : TikTok Telah Nyatakan Hasrat Dan Komitmen Untuk Banteras Kandungan Provokatif
December 5, 2022 Aman

Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil hari ini menyatakan kementerian dibawah beliau telah pun bertemu dengan penyedia platform TikTok dan juga SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), dan membincangkan beberapa perkara – terutamanya berkaitan kandungan provokatif di media sosial.

Melalui perbincangan ini, ia dilihat pihak TikTok telah nyatakan hasrat dan komitmen oleh platform tersebut untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstermis di platform sosial.

Ini adalah sebahagian usaha dalam memastikan keharmonian pelbagai lapisan masyarat dalam negara.

Pada masa yang sama, Fahmi Fadzil turut menyatakan akan turut bertemu dengan beberapa penyedia platform media sosial lain dalam memastikan isu ini dapat ditangani dengan kadar segera.

Komen