OnePlus Ingin Memasarkan Papan Kekunci Mekanikal Berjenama Tersendiri

Diterbitkan pada Dis 6, 2022. oleh .

OnePlus kini mengumumkan program dinamakan OnePlus Featuring, dimana mereka ingin menghasilkan sejumlah produk dibawah kategori baharu kepada pengguna melalui kerjasama pihak lain, atau menggunakan pelbagai teknologi berbeza.

Produk pertama dibawah program berkenaan adalah sebuah papan kekunci mekanikal tersendiri.

OnePlus tidak berkongsi lanjut berkenaan dengannya buat masa ini. Tetapi mengatakan papan kekunci mekanikal ini boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut citarasa pengguna, dan akan menggunakan teknologi Keychron.

OnePlus dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran ini pada 15 Disember 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami