Cari @ Amanz

Hari Krismas akan tiba dala masa kurang tiga minggu lagi dan bagi menyambut perayaan akhir tahun ini, Waze mengaktifkan mod Santa Clause untuk semua pengguna. Pengguna boleh mengubah ikon kenderaan menjadi kereta lungsur atau trak yang membawa hadiah. Selain itu tiga pilihan avatar pengguna ditawarkan iaitu Santa, Naughty dan Nice.

Akhir sekali dua pilihan suara navigasi juga diberikan iaitu Santa dan Mrs Clause. Untuk menggunakan ciri ini sila kemas kini aplikasi ke versi terkini. Pergi ke bahagian tetapan aplikasi dan anda akan melihat kategori khas Drive with Santa yang diberikan. Bagi mereka yang gemarkan kelainan berbanding tema Waze biasa, ciri ini mungkin boleh dicuba hari ini untuk memberikan sedikit keceriaan di hujung tahun 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd