Cari @ Amanz

Google telah pun mengintegrasikan Google Lens kepada banyak perkhidmatan mereka untuk memudahkan pengguna melakukan carian. Ciri ini turut ditawarkan pada Google Photos, membenarkan pengguna mencari informasi mengenai gambar seperti lokasi, jenama pakaian dan lain-lain.

Terkini, Google Photos dilihat menguji ciri carian baharu tanpa Google Lens. Jika anda sedang melihat gambar pada Photos, ikon Lens dilihat sudah digantikan dengan ikon carian biasa iaitu kanta pembesar dengan ikon galeri.

Carian ini membolehkan pengguna mencari gambar lain dengan orang yang sama melalui imbasan wajah. Carian gambar berasaskan individu sudah pun disokong, cuma kini ia boleh dicari melalui gambar dan tidak terhad pada bar carian sahaja. Ciri ini dilihat masih dalam ujian, kerana Google Photos pada peranti Android dan iOS saya masih lagi menggunakan Google Lens.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd