Cari @ Amanz

Intel baru sahaja melancarkan cip pemprosesan generasi ke-13 Raptor Lake pada bulan lepas, dan terkini, Intel nampaknya telah mengesahkan akan melancarkan sejumlah cip pemprosesan baru untuk komputer desktop dan juga komputer Raptor Lake di acara CES 2023 ini.

Untuk siri cip pemprosesan komputer riba, Intel dikatakan akan memperlihatkan siri Raptor Lake-U, Raptor Lake-H dan Raptor Lake-HX, yang mana ia adalah siri cip pemprosesan untuk komputer riba nipis dan ringan, komputer riba produktiviti berkuasa dan juga komputer riba gaming/workstation.

Cip-cip pemprosesan ini akan hadir dengan nilai penggunaan kuasa 7-9W (RL-U), 15-28W (RL-H) dan 55W (RL-HX). Ia dijangka siri cip pemprosesan Intel Core i3 ke Intel Core i9 akan diperlihatkan dalam siri ini.

Untuk cip pemprosesan kelas desktop pula, Intel akan memperlihatkan siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake KS, khususnya cip pemprosesan Intel Core i9-13900KS, cip pemprosesan pertama mereka dengan kelajuan 6GHz.

Siri papan induk H770 dan B760 juga akan diperkenalkan untuk memberi pembina komputer desktop pilihan lebih mampu milik untuk mereka yang tidak mahu menggunakan papan induk Z790 yang premium.

Intel dijangka akan memperlihatkan komponen-komponen ini pada 3 Januari ini di acara CES 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd