Carian
Nothing Phone (2) Tidak Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat – Carl Pei
December 6, 2022 Amy Maizuraa

Kalau mengikut pada perkiraan, sudah masuk kira-kira lima bulan Nothing Phone (1) telah dipasarkan buat pengguna. Di Malaysia, ia dijual dengan harga jualan bermula RM2,399 untuk variasi 8GB/256G Sementara itu, model lebih besar 12GB/256GB pula boleh dibeli pada RM2,699 sebuah.

Bagi yang sedang menunggu model kemaskini untuknya, hal ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei menerusi salah satu ciapannya di Twitter.

Menurut ciapannya, fokus syarikat kini lebih tertumpu terhadap penambahbaikan beberapa perkara pada produk sedia ada. Dalam masa sama, tidak akan mengeluarkan berpuluh-puluh produk lain dalam masa setahun seperti apa yang dilakukan oleh pengeluar lain.

Tambahnya, produk pertama Nothing iaitu Nothing Phone (1) akan kekal menjadi tumpuan utama syarikat setakat ini. Melaluinya, terdapat penambahbaikan lebih hebat yang akan dilakukan bagi menyediakan pengalaman lebih baik dalam kalangan pengguna. Misalnya seperti, menyediakan kemaskini perisian terkini Android 13 dan seterusnya.

Hal ini boleh dikatakan selari dengan pengumuman mengenai perisian Nothing OS 1.5 yang kini diuji secara tertutup. Dalam masa sama, Nothing turut membuka pendaftaran ujian beta bagi yang berminat untuk menguji Android 13 pada peranti masing-masing.

Komen