Pratempahan Realme 10 Pro Dan 10 Pro+ Kini Dibuka Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+ adalah dua peranti dengan sokongan 5G terkini daripada Realme. Kedua-duanya juga telah disahkan bakal ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini, iaitu 8 Disember 2022.

Sungguhpun begitu, sesi pratempah untuk kedua-dua peranti telah dibuka lebih awal bermula sekarang – 15 Disember 2022. Ia boleh dibuat menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia dengan tawaran hadiah percuma menarik yang disertakan bersama. Ini termasuklah seutas Realme Band 2 (RM169), jaminan waranti tambahan selama satu tahun (RM59) dan hadiah misteri bernilai sehingga RM2,999 menerusi sesi gores & menang.

Tiada harga jualan rasmi yang didedahkan setakat ini, sebaliknya Realme sekadar berkongsi beberapa ciri utama pada peranti. Di mana, Realme 10 Pro+ dan 10 Pro masing-masing akan dibekalkan skrin dengan kadar segar semula 120Hz, kamera utama 108MP dan pilihan memori 12GB RAM serta storan 256GB. Turut disertakan adalah sokongan RAM maya dengan pilihan yang berbeza, di mana mencapai 12GB pada variasi Pro+ manakala variasi Pro pula mencapai 8GB.

komen


© Amanz / 2023 Kami