Huawei Mate50 Pro Kini Tersedia Dalam Warna Carbon Black & Silver – Berharga RM4899

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. oleh .

Pengenalan produk baharu Huawei hari ini turut menyaksikan peranti mercu Mate50 Pro di Malaysia telah dikemaskini dengan dua pilihan warna baharu. Melaluinya, ia kini boleh didapati dalam warna Silver dengan panel belakang sejenis glossy. Sementara itu, Mate50 Pro Carbon Black pula menampilkan panel belakang berasas kulit vegan seumpama variasi Orange Vegan Leather sebelum ini.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada RM4899 dengan sokongan memori 12GB/256GB storan terbina. Ketersediaan adalah bermula 10 Disember 2022 dengan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM300 yang disertakan bersama. Ianya terdiri dengan tawaran eksklusif HMS, jaminan pelindungan skrin sehingga 3 bulan dan waranti tambahan selama setahun.

Untuk spesifikasi, Huawei Mate50 Pro dilengkapi skrin 6.74-inci OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G bersama memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sokongan kad NM sehingga 256GB turut disertakan. Kapasiti bateri adalah 4,700mAh dengan sistem pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 55W. Kamera utama pula 50MP (OIS) + 13MP + 64MP dan kamera swafoto 13MP.

komen


© Amanz / 2023 Kami