Huawei Watch D Kini Di Malaysia Pada RM1999 – Jam Kedua Selepas Apple Watch Menyokong ECG

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. oleh .

Huawei Watch D diperkenalkan secara rasminya di Malaysia hari ini dengan beberapa fungsi yang menarik. Ini termasuklah ciri ECG dan pemantauan darah terbina yang boleh digunakan secara terus daripada Huawei Watch D. Ini sekaligus memboleh pengguna memantau kesihatan harian dengan lebih baik pada bila-bila masa tanpa mengira tempat.

Hal ini dianggap menarik kerana ciri ini mampu mengesan serangan jantung sebelum ia berlaku, sekaligus turut menyelamatkan nyawa. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli pada harga RM1,999 seutas. Pratempahab dibuka bermula 12 – 23 Disember 2022 menerusi kedai atas talian rasmi atau pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Huawei Watch D dilengkapi skrin AMOLED sebesar 1.64-inci beresolusi 456 X 280 piksel dan kepadatan piksel 326PPI. Turut disertakan adalah sensor pemantauan kesihatan dan kecergasan terbina yang merangkumi pemantauan degupan jantung, pengesanan suhu berasaskan kulit, kitaran pola waktu tidur dan SpO2.

Bateri yang disertakan mampu bertahan mencapai 7 hari dengan penggunaan biasa. Kemudiannya, ia boleh dicas sema dengan dermaga khusus yang didatangkan bersama di dalam kotak pembelian. Lain-lain spesifikasi termasuklah penarafan kalis air IP68, NFC dan sokongan bluetooth 5.1 yang turut menjadi nilai tambah pada peranti boleh-pakai ini.

Kesemua ciri yang dinyatakan dimuatkan dalam seutas peranti boleh pakai dengan rekaan kerangka segi empat memanjang sejenis aluminium. Dalam masa sama, turut dipadankan dengan tali jam berasaskan Fluoroelastomer serba hitam.

komen


© Amanz / 2023 Kami