Carian
Nigeria Merendah Had Pengeluaran Wang Di ATM Bagi Menggalakkan Penggunaan Sistem Nirtunai
December 7, 2022 Effi Saharudin

Di Malaysia untuk menggalakkan penggunaan pembayaran nirtunai, kerajaan memberikan insentif RM30 ke dalam beberapa edompet popular. Walaupun pada awalnya menjadi bahan jenaka tetapi kini penggunaan pembayaran nirtunai menggunakan aplikasi dan DuitNow adalah amat menyenangkan. Di Negeria tindakan yang diambil oleh bank pusat adalah lebih drastik dan sekiranya dilakukan di Malaysia mungkin boleh menimbulkan kemarahan.

Bank Pusat Nigeria merendah had pengeluaran harian di ATM daripada 150,000 Naira (~RM1482) ke 20,000 Naira (~RM198) pada akaun peribadi. Had pengeluaran mingguan pula ditetapkan ke 100,000 Naira (~RM988) untuk individu dan 500,000 Naira (~RM4941) untuk akaun perniagaan.

Dengan had ini bukan sahaja Nigeria ingin meningkatkan penggunaan nirtunai tetapi juga penggunaan mata wang digital eNaira. Had pengeluaran ATM ini akan berkuatkuasa pada 9 Januari 2023.

Komen