Carian
TSMC Sudah Memulakan Pelan Membangunkan Kilang Kedua Di Arizona – Akan Beroperasi 2026
December 7, 2022 Nazrin

Semalam kami ada melaporkan bahawa TSMC akan menggunakan kilang mereka yang sedang dibangunkan di Arizona untuk mengeluarkan cip-cip pemprosesan yang dibina menggunakan proses 5nm dan 3nm untuk syarikat-syarikat negara tersebut seperti Apple, NVIDIA dan AMD.

Terkini, TSMC telah mengesahkan bahawa pengeluaran ini akan dilakukan di dua kilang yang berbeza. Kilang pertama, seperti yang dilaporkan sebelum ini, akan mula mengilangkan cip pemprosesan 5nm dan 4nm pada tahun 2024 kelak, manakala kilang kedua ini, yang akan beroperasi bermula 2026 akan mengilangkan cip pemprosesan 3nm akan beroperasi bermula 2026.

Dengan pembangunan kilang kedua ini, TSMC dijangka akan mencipta 20 ribu peluang pekerjaan dalam sektor pembangunan dan 4500 kerja baru yang akan bekerja bersama TSMC apabila kilang-kilang ini dibuka kelak.

Malah, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan bahawa TSMC sahaja akan menjana pendapatan sebanyak $40 bilion untuk rakyat Amerika sepanjang pembangunan dan operasi kilang-kilang tersebut.

Komen