Peranti Ini Mendengar Audio Cirit Birit Untuk Mengesan Wabak Taun

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kecerdasan buatan (AI) mempunyai banyak penggunaan di dunia sebenar dengan tokoh teknologi Elon Musk berkata negara yang mengawalnya bakal menguasai dunia. Di dunia sekarang ia digunakan pada kamera, menghasilkan karangan, menghasilkan imej digital, mengawal lalu lintas dan banyak lagi. Di Amerika Syarikat kecerdasan buatan telah digunakan untuk mengesan kewujudan wabak taun lebih awal.

Penyelidik di Georgia Institute of Technology telah membangunkan sebuah peranti yang mendengar audio dari pengguna tandas yang sedang membuang air besar untuk mengesan wabak taun. Audio cirit birit dalam bentuk cecair senang dibezakan berbanding membuang air besar biasa.

Kecerdasan buatan pada peranti ini telah dilatih untuk mengesan audio cirit birit dari pengguna. Berdasarkan audio yang telah dianalisa, kewujudan wabak taun dapat dikesan awal sebelum ia menjadi lebih serius di komuniti.

Peranti boleh diletakkan di tandas awam yang digunakan di komuniti yang sering diancam wabak taun dan juga di pusat jagaan orang tua untuk pemantauan awal.

komen


© Amanz / 2023 Kami